
Hadith-hadith yang diriwayatkan dari Nabi SAW tak semuanya soheh. Ada yang lemah, bahkan ada yang palsu. Antara sebab sesuatu hadith menjadi lemah, bahkan palsu ada1ah kerana kecacatan perawinya. Di samping ada juga berpunca dari gugurnya perawi dari sanad hadith.
HADITH DHAIF∗
Hadith dhaif ialah hadith yang tidak mempunyai ciri-ciri hadith sahih dan hasan.
Kedhaifan sesuatu hadith sama ada disebabkan sanadnya tidak berhubung atau kerana sebab yang lain:
1. Tidak bersambung di antara seorang perawi dengan perawi yang lain.
2. Perawi tidak adil
3. Perawi tidak dhabit.
4. Mempunyai syaz.
5. Mempunyai ‘illah
Bahagian Hadis Dhaif
Hadis-hadis dhaif mempunyai banyak bahagiannya iaitu:
1. Dhaif kerana tidak bersambung sanadnya. Ini termasuklah muallaq, munqati’, dan mursal.
2. Dhaif kerana terdapat perawi tidak adil. Ini termasuk munkar dan mudlis.
3. Dhaif kerana terdapat perawi tidak dhaif . Ini termasuk mudhtarab, maklub dan madruh.
4. Dhaif kerana syaz sama ada pada sanadnya atau pada matan atau kedua-duanya sekali.
Cara mengetahui status sesuatu hadith ialah melalui ilmu rijalul hadith, (ilmu mengenai perawi-perawi hadith serta ilmu jarah dan ta'dil (ilmu mengenai kecacatan dan keadilan perawi-perawi hadith). Mengetahui kesohehan dan kedhaifan sesuatu hadith adalah perlu supaya kita tidak berhukum dan beramal dengan sesuatu yang tidak thabit dari Nabi SAW.
Pendapat Ulamak mengenai Hadith Dhaif
1. Menurut pendapat Imam Yahya bin Ma'in (wafat 233H), Imam AI-Bukhari (wafat 256H), Imam Muslim (wafat 261H), dan Imam Ibnu Hazm (wafat 456H), tidak boleh beramal sama sekali dengan hadith dhaif (apa lagi palsu) dalam hukum hakam dan fadhail a'mal (keutamaan- keutamaan amalan).
2. Imam An-Nawawi di dalam Muqaddimah Syarah Sahih Muslim menyifatkan pendapat membolehkan beramal dengan hadith lemah dalam hukum-hakam adalah tidak benar bahkan sangat keji.
Contoh- contoh Hadith Doif
Hadith 1:
Menuntut Ilmu Sampai Ke Negeri China
1. Periwayat-
Hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Adi ,Abu Nu'aim ,Ibnul Abdul Bar ,AI-Khatib AI-Baghdadi
2. Status Hadith:
PALSU Sebabnya: Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bernama Abu Atikah Tharif bin Salman. Ia telah disepakati akan kelemahannya.
Kata Imam AI-Bukhari: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
Kata Imam AI-Uqaili : Ia seorang yang ditinggalkan, hadithnya (matruk)
Kata Imam An-Nasai: Ia tidak thiqah(kepercayaan).
Kata Imam Ad-Daruqutni dan Imam Ibnu Hajar: Ia lemah.
As-Sulaimani menanggapinya lebih dari itu (dengan maksud Abu Atikah ini dikenali sebagai
seorang pemalsu hadith). Ini disebut oleh Imam Ibnu Hajar dalam kitabnya At- Taqrib.
Imam Ahmad mengingkari hadith ini dengan keingkaran yang bersangatan.
Kata Imam Ibnu Hibban: Hadith ini bathil, tiada asalnya.
Oleh kerana itu Imam Ibnul Jauzi menghukum hadith ini sebagai palsu.
Perawi mungkar adalah perawi yang melakukan kesalahan yang parah atau pelupa atau jelas kefasikannya. Juga didefinasikan sebagai perawi lemah yang riwayatnya menyalahi perawi yang kepercayaan. Ada pun di sisi Imam AI-Bukhari ia membawa maksud seorang perawi yang tidak halal meriwayatkan hadith darinya.
Perawi matruk adalah perawi yang dituduh berdusta.
Hadith 2:
Kefakiran Membawa Kepada Kekufuran
Periwayat Hadith:
AI-Baihaqi , Abu Nu'aim , Ibnu Adi , Ibnu As-Sakan ,Ibnul Jauzi
Status Hadith:
LEMAH Sebabnya dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bernama Yazid bin Aban Ar-Raqasyi
Kata Imam Ibnu Ma'in, Imam Ad-Daruqutni dan Imam Ibnu Hajar: Ia lemah
Kata Imam An-Nasai: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya (matruk).
Kata Imam Ahmad: Ia dilemahkan (oleh ahli-ahli hadith).
Kata Imam Syu'bah: Bahawa berzina lebih aku sukai dari meriwayatkan hadith dari Yazid Ar-Raqasyi (ini sebagai tanda penolakan yang kuat Imam Syu'bah terhadap periwayatan hadith dari Yazid, bukan bermakna ia betul-betul ingin berzina).
Kata Imam As-Sakhawi: Jalan-jalan periwayatan hadith ini semuanya lemah.
Hadith 3:
Doa Senjata Orang-orang Beriman
Periwayat Hadith:
Abu Ya'la ,AI-Hakim ,Ibnu Adi ,
Status Hadith:
PALSU Sebabnya dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bernama Muhammad bin AI-Hasan AI- Hamdani.
Kata Imam Ibnu Ma'in, Imam Abu Daud dan Imam Ibnul Jauzi: Ia pembohong.
Kata Imam An-Nasai dan Imam AI-Haithami: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya (matruk).
Kata Imam Ahmad, Imam Ibnu Hibban dan Imam Ibnu Hajar: Ia lemah.
Kata Imam Abu Hatim: Ia tidak kuat.
KESIMPULAN
Menerima pakai hadith dhaif dalam segala jenis amalan yang berbentuk menggemarkan dan menakutkan, soal adab, kisah tauladan, nasihat-nasihat dan seumpamanya adalah dibolehkan. Perkara ini disepakati oleh ulama’ Muhaddithin.
Imam Nawawi menukilkan pandangan ulama’ bahawa dalam hal-hal tersebut disunatkan beramal dengan hadith dhaif.
Penerimaan hadith dhaif dalam perkara-perkara terbabit adalah disyaratkan jangan terlampau kuat kedhaifannya dan jangan pula hadith tersebut bercanggah dengan hadith yang sahih.
Perlu mematuhi kaedah di sisi ulama’ hadith yang berlandaskan pentashihan dan pendhaifan hadith.
Jangan mengambil sikap terlalu mudah menolak hadith dhaif sedangkan ulama’-ulama’ yang mu’tabar sudahpun mengambil pendirian dan sikap yang sederhana mengenai menerima dan beramal dengan hadith dhaif.
Mudah-mudahan Allah s.w.t memberi taufiq kepada kita agar dapat mengikuti jalan yang benar lagi lurus dan menjauhi kita daripada menuruti jalan yang sesat lagi menyesatkan.
Sekian, wassalam..
Ahad, 7 November 2010
HADITH DHAIF
Langgan:
Catatan (Atom)


