
Hadith-hadith yang diriwayatkan dari Nabi SAW tak semuanya soheh. Ada yang lemah, bahkan ada yang palsu. Antara sebab sesuatu hadith menjadi lemah, bahkan palsu ada1ah kerana kecacatan perawinya. Di samping ada juga berpunca dari gugurnya perawi dari sanad hadith.
HADITH DHAIF∗
Hadith dhaif ialah hadith yang tidak mempunyai ciri-ciri hadith sahih dan hasan.
Kedhaifan sesuatu hadith sama ada disebabkan sanadnya tidak berhubung atau kerana sebab yang lain:
1. Tidak bersambung di antara seorang perawi dengan perawi yang lain.
2. Perawi tidak adil
3. Perawi tidak dhabit.
4. Mempunyai syaz.
5. Mempunyai ‘illah
Bahagian Hadis Dhaif
Hadis-hadis dhaif mempunyai banyak bahagiannya iaitu:
1. Dhaif kerana tidak bersambung sanadnya. Ini termasuklah muallaq, munqati’, dan mursal.
2. Dhaif kerana terdapat perawi tidak adil. Ini termasuk munkar dan mudlis.
3. Dhaif kerana terdapat perawi tidak dhaif . Ini termasuk mudhtarab, maklub dan madruh.
4. Dhaif kerana syaz sama ada pada sanadnya atau pada matan atau kedua-duanya sekali.
Cara mengetahui status sesuatu hadith ialah melalui ilmu rijalul hadith, (ilmu mengenai perawi-perawi hadith serta ilmu jarah dan ta'dil (ilmu mengenai kecacatan dan keadilan perawi-perawi hadith). Mengetahui kesohehan dan kedhaifan sesuatu hadith adalah perlu supaya kita tidak berhukum dan beramal dengan sesuatu yang tidak thabit dari Nabi SAW.
Pendapat Ulamak mengenai Hadith Dhaif
1. Menurut pendapat Imam Yahya bin Ma'in (wafat 233H), Imam AI-Bukhari (wafat 256H), Imam Muslim (wafat 261H), dan Imam Ibnu Hazm (wafat 456H), tidak boleh beramal sama sekali dengan hadith dhaif (apa lagi palsu) dalam hukum hakam dan fadhail a'mal (keutamaan- keutamaan amalan).
2. Imam An-Nawawi di dalam Muqaddimah Syarah Sahih Muslim menyifatkan pendapat membolehkan beramal dengan hadith lemah dalam hukum-hakam adalah tidak benar bahkan sangat keji.
Contoh- contoh Hadith Doif
Hadith 1:
Menuntut Ilmu Sampai Ke Negeri China
1. Periwayat-
Hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Adi ,Abu Nu'aim ,Ibnul Abdul Bar ,AI-Khatib AI-Baghdadi
2. Status Hadith:
PALSU Sebabnya: Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bernama Abu Atikah Tharif bin Salman. Ia telah disepakati akan kelemahannya.
Kata Imam AI-Bukhari: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
Kata Imam AI-Uqaili : Ia seorang yang ditinggalkan, hadithnya (matruk)
Kata Imam An-Nasai: Ia tidak thiqah(kepercayaan).
Kata Imam Ad-Daruqutni dan Imam Ibnu Hajar: Ia lemah.
As-Sulaimani menanggapinya lebih dari itu (dengan maksud Abu Atikah ini dikenali sebagai
seorang pemalsu hadith). Ini disebut oleh Imam Ibnu Hajar dalam kitabnya At- Taqrib.
Imam Ahmad mengingkari hadith ini dengan keingkaran yang bersangatan.
Kata Imam Ibnu Hibban: Hadith ini bathil, tiada asalnya.
Oleh kerana itu Imam Ibnul Jauzi menghukum hadith ini sebagai palsu.
Perawi mungkar adalah perawi yang melakukan kesalahan yang parah atau pelupa atau jelas kefasikannya. Juga didefinasikan sebagai perawi lemah yang riwayatnya menyalahi perawi yang kepercayaan. Ada pun di sisi Imam AI-Bukhari ia membawa maksud seorang perawi yang tidak halal meriwayatkan hadith darinya.
Perawi matruk adalah perawi yang dituduh berdusta.
Hadith 2:
Kefakiran Membawa Kepada Kekufuran
Periwayat Hadith:
AI-Baihaqi , Abu Nu'aim , Ibnu Adi , Ibnu As-Sakan ,Ibnul Jauzi
Status Hadith:
LEMAH Sebabnya dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bernama Yazid bin Aban Ar-Raqasyi
Kata Imam Ibnu Ma'in, Imam Ad-Daruqutni dan Imam Ibnu Hajar: Ia lemah
Kata Imam An-Nasai: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya (matruk).
Kata Imam Ahmad: Ia dilemahkan (oleh ahli-ahli hadith).
Kata Imam Syu'bah: Bahawa berzina lebih aku sukai dari meriwayatkan hadith dari Yazid Ar-Raqasyi (ini sebagai tanda penolakan yang kuat Imam Syu'bah terhadap periwayatan hadith dari Yazid, bukan bermakna ia betul-betul ingin berzina).
Kata Imam As-Sakhawi: Jalan-jalan periwayatan hadith ini semuanya lemah.
Hadith 3:
Doa Senjata Orang-orang Beriman
Periwayat Hadith:
Abu Ya'la ,AI-Hakim ,Ibnu Adi ,
Status Hadith:
PALSU Sebabnya dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bernama Muhammad bin AI-Hasan AI- Hamdani.
Kata Imam Ibnu Ma'in, Imam Abu Daud dan Imam Ibnul Jauzi: Ia pembohong.
Kata Imam An-Nasai dan Imam AI-Haithami: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya (matruk).
Kata Imam Ahmad, Imam Ibnu Hibban dan Imam Ibnu Hajar: Ia lemah.
Kata Imam Abu Hatim: Ia tidak kuat.
KESIMPULAN
Menerima pakai hadith dhaif dalam segala jenis amalan yang berbentuk menggemarkan dan menakutkan, soal adab, kisah tauladan, nasihat-nasihat dan seumpamanya adalah dibolehkan. Perkara ini disepakati oleh ulama’ Muhaddithin.
Imam Nawawi menukilkan pandangan ulama’ bahawa dalam hal-hal tersebut disunatkan beramal dengan hadith dhaif.
Penerimaan hadith dhaif dalam perkara-perkara terbabit adalah disyaratkan jangan terlampau kuat kedhaifannya dan jangan pula hadith tersebut bercanggah dengan hadith yang sahih.
Perlu mematuhi kaedah di sisi ulama’ hadith yang berlandaskan pentashihan dan pendhaifan hadith.
Jangan mengambil sikap terlalu mudah menolak hadith dhaif sedangkan ulama’-ulama’ yang mu’tabar sudahpun mengambil pendirian dan sikap yang sederhana mengenai menerima dan beramal dengan hadith dhaif.
Mudah-mudahan Allah s.w.t memberi taufiq kepada kita agar dapat mengikuti jalan yang benar lagi lurus dan menjauhi kita daripada menuruti jalan yang sesat lagi menyesatkan.
Sekian, wassalam..
Ahad, 7 November 2010
HADITH DHAIF
Ahad, 27 September 2009
Puasa Enam
Sabda Rasulullah s.a.w
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka ia seperti berpuasa sepanjang tahun.”
Imam Abu Hanifah, Imam al-Syafi’e dan Imam Ahmad mengatakan Hukum berpuasa enam hari di bulan Syawal adalah sunat [Taudhih al-Ahkam, jld. 3, ms. 533] Adapun Imam Malik dan sebahagian ilmuan dari Mazhab Hanafi menganggap hukumnya adalah makruh.
Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hariraya Aidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Sa‘id al-Khudri berkata: “Nabi s.a.w. melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha.” [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1991 (Kitab al-Shaum, Bab berpuasa pada hari Aidil Fitri).]
MELAKSANAKAN PUASA SUNAT ENAM SYAWAL SEBELUM MENGQADHA PUASA RAMADHAN.
Ulama berselisih pendapat dalam menentukan yang mana satu lebih afdal dilakukan.
Pendapat Pertama
Laksanakan puasa sunat terlebih dahulu dan melewatkan puasa Qadha’
Pendapat ini adalah berdasarkan kepada dalil bahawa Aisyah radhiallahu 'anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang.
Aisyah berkata: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan.Aku tidak mampu mengqadha’nya kecuali pada bulan Sya’ban kerana sibuk (melayani) Rasulullah s.a.w..” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1146 (Kitab al-Siyam, Bab mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Syawal).
Para ilmuan yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah, yakni Aisyah, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.
Pendapat Kedua
Tidak boleh melaksanakan puasa sunat syawal sebelum menunaikan puasa Qadha’ . ( Kena buat Qadha’ dulu )
Ini berdasarkan kepada hadis yang berbunyi: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1164 (Kitab al-Siyam, Bab disunatkan berpuasa enam hari dari bulan Syawal)]
Rasulullah s.a.w. mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.
Pendapat ini turut dikongsi oleh Imam An-Nawawi, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf. Mereka berkata bahawa "Qadha’ puasa Ramadan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadha’ adalah secara bertangguh dan tidak disyaratkan qada terus apabila boleh melakukannya
Pendapat ini merupakan pendapat yang rajih (kuat) kerana lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Ini adalah kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawal yang hanyalah sebagai tambahan pahala
Menurut pendapat Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat mengatakan bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu..
MENGGABUNGKAN NIAT QADHA' DAN SUNAT DALAM SATU MASA
Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka
Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawal.
Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: " makruh bagi orang yang ada qadha’ Ramadan melakukan puasa sunat
Imam Syafie yang berpegang kepada pendapat yang kedua berkata "Jika seseorang itu mengqada'kan Puasa Ramadhan di hari-hari yang di sunatkan puasa maka pahala puasa sunat itu akan menyusul meskipun ianya ( puasa sunat ) itu tidak dilakukan.
Pendapat Imam Syafie ini bersandarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud "Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu ia tidak bermusafir dan sewaktu ia sihat." (Sahih Al-Bukhari)
Maksudnya apabila kita tidak dapat melakukan puasa sunat( seperti puasa Isnin / khamis atau puasa 6) disebabkan kita sakit atau kita mengqadha’kan puasa yang wajib pada hari tersebut maka ganjaran pahala puasa sunat yang tidak sempat kita lakukan itu akan dituliskan sebagai pahala sunat untuk kita.
Di sini tidak wujud penggabungan niat puasa sunat dan puasa Qadha'. Asal niat di sini adalah niat Puasa Qadha’ sahaja dan tiada penggabungan niat puasa sunat dengan puasa Qadha’
Mungkin timbul sedikit kekeliruan. Banyak daripada artikel yang saya baca mengatakan bahawa Imam Syafie telah menggabungkan antara niat puasa sunat dengan puasa Qadha’. Saya rasa kenyataan ini tidak tepat dan ianya perlu diperbetulkan.
Perlu dijelaskan bahawa Imam Syafie berpegang kepada pendapat yang kedua iaitu Tunaikan Puasa Qadha' terlebih dahulu kerana puasa Qadha' itu adalah "hutang Ibadah " kepada Allah yang perlu dibayar. Apa yang membezakan mereka ialah apabila seseorang itu melakukan puasa Qadha’ dihari - hari yang di sunatkan puasa maka pahala puasa sunat hari tersebut tetap dikira walaupun puasa sunat itu tidak berlaku والله أعلم
Dipetik dari www.abubasyir.blogspot.com
Sabtu, 5 September 2009
WASIAT TERAKHIR MAK TEMAH
Keesokan harinya beliau dipindahkan ke wad biasa, tetapi peralatan pernafasannya masih belum ditanggalkan.
Tok Ketua bercadang untuk melawat Mak Temah yang merupakan salah seorang kariah mukimnya. Bersama isterinya Bedah, Tok Ketua ke hospital lewat petang itu untuk menziarah jirannya itu.
Mak Temah kelihatan amat lemah tetapi masih dapat mengenali tetamu-tetamunya.
Dia memandang ke wajah Mak Bedah dengan mulut yang terkumat kamit. Mak Bedah mendekati Mak Temah sambil mendekatkan telinganya ke bibir beliau.
Tok Ketua yang berada di sisi katil sebelah lagi juga turut mendekati bahagian kepala
Mak Temah.Tetapi, tiba-tiba Mak Temah mengalami sesak nafas dan dadanya berombak-ombak turun naik.
Dalam keadaan kelam kabut itu, Tok Ketua terlihat tangan Mak Temah seolah-olah meminta pen dan kertas.. Kebetulan Tok Ketua menyimpan beberapa helai kertas kecil di dalam saku koceknya dan dengan segera menyerahkannya kepada Mak Temah.
Tentunya Mak Temah mahu menulis wasiat, getus fikirannya.
Nafas Mak Temah semakin sesak dan akhirnya terhenti setelah beliau menuliskan
ayat terakhirnya. Menghormati jenazah, Tok Ketua tidak mahu membaca wasiat itu di depan arwah Mak Temah.
Keesokannya setelah jenazah disempurnakan, barulah Tok Ketua memanggil kesemua waris Mak Temah dan menyatakan Mak Temah sempat menuliskan wasiat untuk mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir. Waris-warisnya berasa hairan kerana setahu mereka Mak Temah bukan orang berharta.
Perlahan-lahan Tok Ketua mengeluarkan kertas yang ditulis oleh arwah Mak Temah semalam dan memasang cermin matanya. Mukanya merah padam dan kertas tersebut jatuh daripada tangannya.
Tiba-tiba Tok Ketua berlari keluar dari bilik tersebut.Anak sulong Mak Temah, Rizal mengambil kertas tersebut dari lantai dan membacanya.
kesimpulannya,
Baik-baik melawat orang sakit
Khamis, 20 Ogos 2009
SOLAT SUBUH
Pak Haji Dollah mempunyai seorang anak gadis yang lemah lembut dan manis bernama Aminah. Kejelitaan Aminah menjadi igauan dan bualan setiap pemuda tempat tinggal Pak Haji Dollah .
Mamat adalah salah seorang pemuda yang kacak telah tertarik hati dengan ketampanan Aminah ini. Ngurat- punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala.
Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Aminah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Aminah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Aminah.
Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya.
Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegurlah Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?"
lantas Si Mamat Jawab
"eh.. ia ke? tiga rakaat...? rasa-rasanya..... dah cukup empat rakaat tadi"
Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Aminah tersenyum tersipu malu dengan gelagat suaminya. Sahlah si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi. ..
Isnin, 3 Ogos 2009
MANUSIA WAJAR CONTOHI PERPADUAN SEMUT
KITA berasa terpegun (tiba-tiba terhenti dan terdiam) dan takjub melihat sarang semut di atas pokok yang dibuat daripada daun
Bagaimana makhluk kecil boleh membuat mahligai yang besar dan kukuh. Bagaimana semut boleh membina sarang dalam tanah yang lengkap dengan lorong dan bilik yang bertingkat-tingkat serta sebahagian bilik dipenuhi dengan bekalan makanan dari biji-bijian untuk musim sejuk.
Semut adalah antara satu nama surah dalam al-Quran, Surah al-Naml, iaitu surah ke-27 pada juz ke-19.
Dalam surah ini, tersembunyi kisah sejarah era informasi dan teknologi (IT) canggih masa lalu yang jika kita kaji, ada kemungkinan kecanggihan IT sekarang mungkin tidak seberapa. Nabi Sulaiman AS menggunakan burung belatuk sebagai satelit untuk mengetahui keadaan dan berita di sesuatu tempat. (Ayat 20-26) Pada masa itu sebuah singgahsana raja telah berpindah dari satu tempat yang jauh hanya dalam sekelip mata. (Ayat 40) Pada masa itu tentera jin di bawah arahan manusia.
(Ayat 39) Berkaitan dengan perihal semut, surah ini mengkisahkan maksudnya: "(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke Lembah Semut, berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari.
Maka tersenyum Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkan daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu-bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau reda; dan masukkanlah daku dengan limpah rahmat-Mu dalam kumpulan hamba-hamba-Mu yang salih." (Ayat 18-19).
Dalam ayat 18 di atas difirmankan 'qalat namlatun', yang bermaksud "Berkatalah seekor semut betina. Dalam kajian sains kebelakangan ini mendapati bahawa pemimpin semut adalah betina dan bukan jantan. Ini adalah sama dengan kerajaan lebah yang dipimpin lebah betina" (Surah al-Nahl: 68-69).
Dari nama haiwan yang dijadikan nama surah dalam al-Quran, ada tiga nama haiwan kecil dan lemah, iaitu al-Nahl (Lebah) surah ke-16; al-Naml (Semut); dan al-Ankabut (Labah-labah) surah ke-29.
Semua haiwan ini dijadikan nama surah kerana ada nilai pengajaran sejagat masing-masing. Semut dengan perpaduan; lebah dengan manfaat dan labah-labah dengan sarang reput yang dijadikan kiasan dalam al-Quran terhadap orang kafir.
Perpaduan semut ketika mencari makanan patut kita ambil iktibar dengan mengkaji satu koloni semut. Kelakuan paling menarik mengenai koloni ialah cara serangga yang dianggap hampir buta berjaya menggunakan jalan terpendek bagi perjalanan antara sumber makanan dan sarang.
Satu sifat semula jadi semut yang perlu diketahui ialah menggunakan feromon, sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh setiap semut ketika bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Feromon ini kemudian digunakan oleh semut lain sebagai panduan ketika menggunakan laluan itu.
Jika seekor semut terpaksa berdepan beberapa laluan, satu laluan dengan kesan feromon paling tinggi akan menjadi pilihan. Ini bermakna semut menggunakan feromon sebagai alat pelaksanaan perpaduan dalam aspek saling menolong. Dalam perkataan lain, semut selalu mengingati rakan-rakannya.
Haiwan ini memiliki kekuatan luar biasa untuk merealisasikan tekad meraih apa yang diinginkan. Semut tidak pernah bosan dan putus asa. Semut akan berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus hingga berjaya.
Semut merangkak di sebuah pokok, lalu jatuh dan kemudian bangun lagi. Berusaha untuk merangkak lagi ke atas pokok, lalu terjatuh lagi. Begitulah yang terjadi berulang-ulang, namun terus berusaha hingga berhasil naik ke atas pokok yang diinginkan dan mendapat apa yang dicari tanpa berasa lelah dan bosan.
Jika jalan yang dilalui terhalang, semut berusaha melalui dari arah kanan dan kiri. Jika tetap bermasalah untuk maju ke depan, ia berhenti sebentar dan kemudian kembali lagi dengan tenaga yang jauh lebih kuat.
Mungkin semut akan menjauhi jalan pertama yang sulit kerana ada beberapa rintangan, namun tetap kembali berjalan menuju arah yang sama dengan mencari jalan lain hingga sampai ke matlamat akhirnya.
Jika seekor semut menemui makanan yang tidak dapat dibawa sendiri, haiwan ini memberi tahu temannya untuk membantu membawa makanan itu dan makan bersama-sama. Jika seekor semut bertemu rakannya, mereka pasti bertegur sapa walaupun entah dikenali atau tidak. Ini membuktikan kekuatan perpaduan semut.
Dikisahkan ketika Nabi Sulaiman AS sedang berjalan, baginda melihat seekor semut membawa sebiji kurma yang besar dan berat yang jauh melebihi tubuh semut itu. Lalu Nabi Sulaiman yang mengerti bahasa binatang bertanya: "Untuk apa kurma yang kau bawa itu?".
"Ini adalah kurma yang Allah SWT berikan kepadaku sebagai makanan selama satu tahun," jawab semut. Mendengar jawapan, baginda segera kembali ke istana dan mengambil sebiji kurma yang lebih besar serta sebuah botol.
Setelah kurma itu dibelah menjadi dua bahagian, baginda berkata: "Wahai semut, silakan masuk ke dalam botol ini, aku telah membahagi dua kurma ini dan aku berikan separuh kepadamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu."
Setahun kemudian, Nabi Sulaiman kembali melihat semut itu. Baginda tersenyum apabila melihat kurma yang diberikan tidak banyak berkurang.
Baginda dengan bijak bertanya: "Wahai semut, mengapa engkau tidak menghabiskan kurma itu?" Semut menjawab: "Selama ini, aku hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini, Allah SWT yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahun, tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku khuatir tahun depan, engkau tidak memberiku kurma lagi kerana engkau bukan Allah pemberi rezeki."
Mendengar ungkapan semut itu, Nabi Sulaiman AS tersenyum dan berkata: "Engkau hai semut, selain makhluk yang giat bekerja dan taat, pandai bersyukur atas rezeki yang engkau dapat dari Allah dan pula engkau sangat yakin bahawa Allah akan menjamin rezekimu."
Perpaduan semut dalam semua aspek seperti diulas di atas membawa kejayaan kepada haiwan ini. Walaupun makhluk kecil dan lemah, semut boleh membuat mahligai yang besar, kuat dan kukuh. Belajarlah wahai manusia
Jumaat, 31 Julai 2009
ANTI KOLESTROL
10 jenis makanan yang boleh mengurangkan kolestrol.
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPALMemakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.
8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.
Khamis, 30 Julai 2009
MUQADDIMAH
SALAM SEJAHTERA
HARI INI - KHAMIS >> 30HB JULAI 2009 BERSAMAAN 8HB SYA'BAN 1430H ADALAH TARIKH YANG BERSEJARAH BAGI KEWUJUDAN SEBUAH BLOG YANG DIBERI NAMA DINULQAYYIMAH YANG BERMAKSUD
" AGAMA ALLAH YANG LURUS ".
SEBAGAI SEBUAH BLOG YANG BARU BERTAPAK, TENTUNYA BANYAK KEKURANGAN YANG PERLU DIPERBAIKI.
OLEH ITU SAYA AMAT MENGHARAPKAN SOKONGAN, BANTUAN DAN TUNJUK AJAR DARIPADA SAHABAT-SAHABAT BLOGGER SEKELIAN.
SEKIAN TERIMA KASIH
NABILAH HUSNA
30HB. JULAI 2009
11.00AM



